Ramuan Pertama
Cara Penyampaian Maklumat
Anak-anak anda bukan sahaja dapat mendengar percakapan-percakapan baik... Tetapi mereka tanpa bersusah payah, MENJADI MENGIKUT APA YANG MEREKA CAKAP
Jikalau audio ini hanya nasihat atau ceramah, ianya tidak akan memberi kesan. Ia sama seperti ratusan produk audio di pasaran yang tidak mengubah keyakinan dan cara berfikir serta perangai anak anda.
Audio terapi ini melakukan sesuatu yang tidak pernah DIBUAT oleh mana-mana program pembangunan insan lain di dunia....
Ramuan Kedua
Membuang keyakinan dan pemikiran yang lapuk
Semua kejayaan datang dari perbuatan yang betul.
Tetapi, semua perbuatan datang dari kepercayaan dan pemikiran yang dimiliki oleh seseorang.
Jika anda mahukan anak-anak anda memiliki perbuatan yang menjana kejayaan, anda dan saya perlu berusaha supaya kepercayaan dan pemikiran anak-anak kita sama seperti yang dimiliki oleh mereka yang telah berjaya.
Ianya semudah itu dengan izin Allah.
Jika anda mahu kejayaan untuk anak-anak, perkara yang pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah, memadamkan semua kepercayaan dan cara pemikiran yang rosak yang ada pada anak-anak anda.
Mudah dengan Izin Allah.
Apabila kita mempunyai yakin dan cara berfikir yang betul, kita akan sentiasa ceria dan tenang didalam semua keadaan yang kita lalui.
Kita akan bertindak mengikut landasan yang betul. Kita akan hilang rasa takut dan perasaan was-was.
Apabila anak-anak anda ‘telah’ mempunyai keyakinan dan cara berfikir yang betul, mereka akan terus membuat usaha yang betul tanpa rasa terpaksa atau dipaksa.
Untuk menjana perangai yang betul untuk anak-anak anda, pertama sekali, audio terapi ini dilengkapi dengan percakapan-percakapan yang “memadam” atau "membuang" yakin dan cara berfikir yang lama dan keduanya, dengan percakapan-percakapan yang membina yakin dan fikiran yang baru.
Percakapan-percakapan mengunakan perkataan ‘SAYA’ dan tanpa perkataan ‘AKAN’ menyebabkan anak-anak anda, MERASAI BAHAWA MEREKA TELAH PUN MEMPUNYAI KEPERCAYAAN, PEMIKIRAN, SIKAP DAN PERANGAI SEBAGAI SEORANG YANG TELAH BERJAYA.
Ingin saya mengingatkan anda lagi....
Apabila anak-anak anda berkelakuan tidak seperti yang sepatutnya, sebenarnya dia melakukan sedemikian kerana mereka mempunyai yakin yang salah dan fikiran yang negatif.
Cuba anda hayati corak minda dan kepercayaan yang ada pada anak-anak anda sekarang. Anda akan dapati banyak daripadanya adalah negatif. Ini kerana mereka sejak dilahirkan sentiasa mendengar dan bercakap percakapan-percakapan yang negatif.
Kita tidak boleh menghalang mereka bercakap, mendengar, melihat dan berfikir secara negatif, tetapi kita boleh berusaha untuk mengajar mereka supaya bercakap dan mendengar percakapan yang positif.
Anak-anak, anda dan saya perlu BERUSAHA BERMULA HARI INI. Jika tidak...
…kepercayaan dan fikiran yang salah menjadi punca kepada perangai anak-anak kurang cemerlang dan ianya akan menghantui kehidupannya di kemudian hari, walaupun anak anda telah mengikuti berbagai program motivasi, membaca berbagai buku motivasi, atau telah makan berbagai jenis pil pemakanan.
Audio terapi ini membantu anak-anak anda untuk membuangkan sisa-sisa corak minda mereka yang negatif dan membantu anak-anak anda untuk terus berubah dan maju kehadapan.
Anda tidak akan menjumpai apa-apa produk SELAIN INI yang boleh membantu anak-anak anda, membuang perasaan-perasaan yang negatif dengan berkesan.
Ramuan Ketiga
Membentuk yakin, cara berfikir dan perangai baru.
Anak-anak anda perlu mendapat keyakinan dan cara berfikir orang yang telah berjaya untuk berubah menjadi seorang yang berjaya.
Dalam audio terapi ini, selain daripada ayat-ayat memadam fikiran dan keyakinan yang lapuk, anak-anak akan mendengar dan bercakap berulang-ulang kali ayat-ayat yang menjana keyakinan dan cara berfikir yang baru dan betul. Mereka pasti terkesan dengan terapi ini.
Mungkin Anda telah guna segalanya...
Mungkin anda telah berbelanja ratusan, malah ribuan ringgit menghantar anak-anak ke program ceramah motivasi, beli buku, beli pita audio, hantar anak-anak ke pra-sekolah yang bagus... tetapi ianya tidak akan memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak anda selagi mereka masih mempunyai corak minda dan kepercayaan yang lapuk, yang telah mencengkam pemikiran dan perbuatan mereka.
Sebab itulah kebanyakan program motivasi, walau macam mana bagus pun, tidak boleh membuat perubahan yang berkekalan pada diri anak anda.
Anda perlu pergi kepada sebab utama anak-anak boleh cemerlang.
GUNAKAN AUDIO TERAPI INI SEKARANG!
Audio terapi ini akan memprogramkan corak kepercayaan dan minda yang perlu ada untuk seorang kanak-kanak menjadi bestari.
Apabila anak-anak anda memiliki keyakinan dan cara berfikir yang betul, MEREKA PASTI RAJIN, TAAT, DAN BIJAK.
Kenapa?
Sebab yakin dan minda yang betul adalah asas untuk menjana perangai yang membawa kepada kejayaan.
Tanpa perubahan yakin dan minda, perubahan keatas perangai anak-anak anda tidak akan bertahan lama.
Jika anak anda belum boleh bercakap, anda mainkan audio terapi ini ketika anak-anak sedang berehat atau bermain dan anda turut mendengarnya.
Jika anak anda telah pandai bercakap, usahakan supaya anak anda dapat mengulangi kembali percakapan yang didengarnya. InsyaAllah anak anda berubah menjadi anak yang anda ingini.
Audio Terapi Anak Bestari adalah program untuk anak-anak dari lahir sehingga berumur 17 tahun. Ia mengandungi siri berikut:
Si Comel Bestari - umur lahir sehingga 4 tahun
Si Manja Bestari - umur 5 sehingga 8 tahun
Kanak-Kanak Bestari - umur 9 sehingga 12 tahun
Remaja Bestari - umur 13 sehingga 17 tahun
Pelajar Bestari Sekolah Rendah
Pelajar Bestari Sekolah Menengah
Pelajar Cemerlang - untuk pelajar nakal