Wawancara Program Terapi Anak bestari


Pegawai Perhubungan :
En. Agos Salim
013-678 8908

En. Muharris
019-237 4624

En. Najib
013-341 4765

Emel :
salim@
octagon-petroleum.com


Pejabat :
03 9057 4727

 


"Segala puji bagi Allah, saya telah mengunakan audio ini sejak anak saya lahir. Sekarang mereka berumur 3 dan 2 tahun. Mereka amat mudah untuk disuruh. Keyakinan dan cara pemikiran mereka sangat bagus. Saya nampak kesan kepada mereka berbanding dengan budak-budak lain. Terima kasih, Dr. Nasoha."

- Mohd. Zahari b. Abdul Ghani

 


1. Apa itu Bicara Kendiri atau Self-Talk?


Bicara Kendiri merupakan teknik bantuan sendiri kepada sesiapa sahaja yang ingin mewujudkan banyak kejayaan dalam diri mereka. Kita semua mempunyai dialog dalaman yang secara berlaku tanpa kita sedar atau tidak. Kita juga tidak sedar bahawa apa yang kita perkatakan kepada diri kita sendiri itu negatif dan tidak baik untuk kita.
Ia  sebenarnya satu kaedah yang natural yang kita gunakan untuk belajar bercakap kepada diri sendiri percakapan-percakapan yang mendatangkan manfaat kepada diri kita. Apabila kita bercakap kepada diri kita, percakapan-percakapan yang baik, emosi kita akan menggerakkan kita untuk membuat yang terbaik dalam apa sahaja yang kita lakukan.


2. Apakah Program Audio Terapi Bicara Kendiri?


Program Audio Terapi Bicara Kendiri merupakan program percakapan-percakapan benar dan positif yang berasaskan kepada maksud kalimah laailahailallah bertujuan untuk mengubah pemikiran, kepercayaan kepada pemikiran dan kepercayaan yang benar dan positif seperti yang diinginkan. Apabila berubahnya pemikiran dan kepercayaan kita, maka tindakan, kelakuan serta perangai kita juga akan berubah.
Ianya menggabungkan teknik motivasi dan psikologi yang terbukti berkesan.


3. Bagaimanakah Program ini boleh memberi kesan?


Tidak ada apa-apa yang misteri atau ajaib berkenaan bagaimana Terapi Bicara Kendiri ini berkesan untuk membantu anda menjadi manusia yang lebih cemerlang. Sememangnya terbukti dan dipersetujui oleh banyak pakar pembangunan manusia bahawa kualiti pemikiran dan kepercayaan kita menentukan tahap kejayaan yang dikecapi oleh seseorang. Kepercayaan dan pemikiran terbentuk dari tabiat percakapan seharian, yang kemudiannya membentuk perangai dan kelakuan kita. Bicara kendiri boleh dipraktikkan dengan menulis, bercakap dan mendengar percakapan positif. Walaubagaimanapun, dengan menggunakan kaedah bercakap percakapan yang baik, merupakan kaedah yang paling berkesan.

4. Apakah itu percakapan positif atau “positive affirmation”?

Percakapan positif adalah percakapan yang ingin kita terapkan dalam minda dan kepercayaan kita. Ianya mestilah pendek, ringkas, mudah dan yang paling penting ianya mestilah bermula dengan perkataan “Saya”.  Tanpa perkataan “Saya”, bicara terapi tidak akan memberi kesan yang diinginkan. Contoh percakapan positif adalah:

Saya suka bekerja
Saya suka belajar
Saya belajar kerana perintah Allah
Allah bersama saya, semua saya boleh buat
Saya rajin, saya berjaya
Saya  makan apabila lapar
Allah memelihara saya

5. Bagaimanakah caranya saya mengambil terapi ini?

Walaupun tidak salah untuk mengambil terapi ini dengan apa cara sekalipun, disini digariskan panduan yang mudah untuk diikuti. Anda hendaklah mengulang kembali secara menguatkan suara (sekadar didengar oleh oleh diri anda sendiri) memperkatakan setiap ayat yang didengar didalam CD Audio terapi anda. Anda tidak perlu untuk menghafal setiap pernyataan yang didengar. Cukuplah sekadar anda mendengarnya dengan serius dan dengan tumpuan, memikirkan setiap ayat yang didengar dan gunakan imaginasi anda untuk membayangkan bahawa anda adalah seperti orang yang anda perkatakan kepada diri anda dan yang paling penting sekali, anda hendaklah mendengarnya BERULANG-ULANG kali. Dengarlah dalam keadaan tenang, ianya tidak mengambil masa yang lama, hanya 7 ke 8 minit untuk setiap sesi. Selain dari masa yang telah ditetapkan untuk anda mendengarnya secara khusus, anda boleh memainkan cd audio terapi anda sebagai bunyi latar ketika anda membuat kerja harian anda.


6. Bilakah masa yang patut saya ambil terapi bicara kendiri ini?



Anda boleh mendengarnya pada bila-bila masa sahaja dan dimana-mana sahaja. Walaubagaimanapun, waktu yang dicadangkan adalah:

1. Waktu pagi, sebelum anda memulakan sebarang kerja lain.
2. Sejurus sebelum tidur
3. Ketika anda sedang berehat-rehat

7. Berapa kerap patut saya mainkan Audio CD ini?

Untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, sangat penting untuk saudara/i menjadikan tabiat harian anda untuk mendengar terapi yang diambil. Kunci kepada kejayaan program ini adalah “PENGULANGAN”. Tetapkan jadual untuk anda mendengarnya 3 kali sehari (3 sesi) yang mana ianya mengambil masa lebih kurang 7 ke 8 minit sahaja untuk satu sesi. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada keselesaan dan masa anda sendiri, bahkan anda boleh mendengarnya lebih dari 3 kali sehari atau mungkin jika keadaan tidak mengizinkan, dengarlah walau hanya sekali sehari.

8. Bila boleh saya nampak perubahan hasil daripada mengambil terapi ini?

Biasanya anda akan dapat melihat perubahan dalam 8 hingga 12 minggu jika mendengarnya setiap hari. Tetapi ianya bergantung kepada berapa serius anda mengambil terapi ini dan juga kepada tahap kualiti dialog dalaman anda yang lama. Tempoh yang diambil untuk mendapat kesan adalah berbeza dari setiap individu. Lagi kerap, serius dan lebih fokus anda mengambilnya, insyaALLAH lagi cepat hasil akan dilihat.

9. Apakah kesan yang boleh saya jangkakan?

Selepas berulang-ulang kali mendengar Program Audio Terapi Bicara Kendiri, anda akan dapat melihat perubahan dalam diri anda. Anda akan dapati perasaan anda terhadap setiap perkara dalam hidup anda akan berubah. Jika anda menggunakan Program Pengurusan Tekanan, tekanan itu akan berkurang dan berkurang sehinggalah kejadian atau perkara yang pada mulannya menyebabkan anda mendapat tekanan, tidak lagi menjadi punca tekanan.

   

Copyright ® 2008 anakbestari.com
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6 pada resolusi 1024 X 768

Laman Utama       Testimoni        Beritahu rakan       Notis hakcipta