Pegawai Perhubungan :
En. Ahmad Nubli
013-633 4646
En. Abd Rahman
013-381 6235
En. Najib
013-341 4765
Emel :
ahmadnubli@
anakbestari.com
Pejabat :
03 9057 4727
"Segala puji bagi Allah, saya telah mengunakan audio ini sejak anak saya lahir. Sekarang mereka berumur 3 dan 2 tahun. Mereka amat mudah untuk disuruh. Keyakinan dan cara pemikiran mereka sangat bagus. Saya nampak kesan kepada mereka berbanding dengan budak-budak lain. Terima kasih, Dr. Nasoha."
- Mohd. Zahari b. Abdul Ghani
|
Nasoha Saabin, Beliau adalah sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne Australia, namun minat beliau dalam bidang perubatan telah membawa beliau kepada satu penemuan baru dalam bidang kesihatan dan perubatan manusia. Beliau percaya kesihatan perlu dilihat secara menyeluruh, iaitu merangkumi kesihatan badan, mental dan roh. Beliau percaya bahawa kesihatan dipengaruhi oleh gaya hidup manusia dan penyakit adalah berpunca dari gaya hidup manusia yang salah. Mengikut kajian beliau, gaya hidup dipengaruhi oleh keyakinan dan pemikiran manusia dan apa yang manusia yakin serta fikir dipengaruhi oleh apa yang manusia selalu cakap dan dengar. Gaya hidup manusia yang salah boleh diubah dengan mengubah keyakinan dan permikiran manusia. Kajian beliau didalam bidang ini telah membawa beliau kepada satu penemuan baru dalam bidang mengubah gaya hidup manusia. Dengan izin Allah beliau telah mencipta satu kaedah baru dalam merawat penyakit yang beliau namakan Nasoha Wellness Therapy. Mengikut pendapat beliau, semua penyakit bermula dari perut dan apa yang berlaku diperut dipengaruhi oleh gaya hidup manusia. Dari perut keluarlah darah yang baik membawa kesihatan dan darah yang buruk membawa penyakit. Apa yang berlaku diperut dapat dikesan dengan melihat iris dimata. Melalui kaedah ini semua penyakit melainkan maut boleh disembuhkan. Untuk mengubah gaya hidup manusia, beliau telah menemui satu kaedah yang terbaru dan terunggul didunia, iaitu dengan menggunakan terapi bicara kendiri atau ‘self talk therapy’ yang mana ayat-ayat terapinya adalah dari maksud kepada percakapan yang benar yang dikurniakan oleh Allah kepada seluruh manusia iaitu kalimah Laailahaillallah. Terapi bicara kendiri bermaksud, anda bercakap kepada diri anda sendiri percakapan yang baik secara berulang-ulang kali sehingga apa yang anda percaya dan fikir berubah. Apabila apa yang anda percaya dan fikir berubah maka gaya hidup atau perangai anda berubah.
Minat beliau dalam bidang mengubah gaya hidup atau perangai manusia telah membuat beliau bergiat cergas dalam bidang dakwah. Beliau telah memberi banyak masa dan telah menjelajah banyak tempat di seluruh Malaysia dan banyak negara didunia untuk maksud usaha dakwah. Beliau adalah salah seorang Ahli Syura Malaysia dalam usaha dakwah yang berpusat di Masjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling.
Beliau adalah anak keenam dari lapan adik beradik dan dilahirkan pada 5 Januari 1955 di Kampong Sungai Choh, Rawang, Selangor. Bapa beliau, Saabin bin Aliarif dan ibu beliau, Supek Rumah binti Hj Zainuddin. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Choh, Rawang, sebelum beliau dipilih untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Dato’ Abdul Razak, Tanjung Malim dan Seremban, Negeri Sembilan. Selepas tamat tingkatan lima, beliau telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran di Balwyn High School Melbourne, Australia pada tahun 1974. Diterima masuk ke Universiti Melbourne untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang optometri pada tahun 1975.
Beliau merupakan anak Melayu yang pertama lulus dalam bidang Optometri. Beliau kembali ke Malaysia untuk menubuhkan Jabatan Optometri yang pertama di Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1982. Jabatan Optometri ini merupakan diantara yang terbaik di Asia. Pada tahun 1987 beliau telah membuka praktiknya sendiri di Medan Mara, Kuala Lumpur.
Pada tahun 2000, beliau telah mula meninggalkan bidang Optometri dan melibatkan diri beliau secara bersungguh-sungguh dalam bidang kesihatan dan perubatan dengan menggunakan kaedah iridologi atau sains melihat iris mata untuk mengesan keradangan tisu-tisu dibadan dan gaya hidup yang sihat sebagai ubat. Beliau merupakan diantara pakar iridologi yang terunggul di Malaysia dan beliau pernah menjadi tetamu di TV1 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, di TV3 dalam rancangan Majalah 3 dan Malaysia Hari Ini.
Pada tahun 2005 beliau telah mula menggunakan Terapi Bicara Kendiri untuk menjana perangai yang baik terutama dikalangan anak-anak. Kanak-kanak yang telah menjalani terapi anakbestari dalam beberapa bulan didapati telah mula berubah menjadi taat, rajin dan bijak. Pada tahun 2008, terapi anakbestari dilancarkan ke seluruh negara. Selain terapi anakbestari beliau juga telah mencipta berbagai terapi untuk menjana perangai baik dalam berbagai kumpulan manusia, seperti, pelajar, pekerja, pengurus, guru, ibubapa, suami isteri, banduan, penagih dadah dan sebagainya.
Beliau menulis banyak buku tentang perubatan, optometri, dakwah, iridologi, pemakanan, lagu dan gurindam, kemasyarakatan, agama dan antara yang telah terbit ialah ’Bagaimana Imanku Hari ini Lebih Baik Dari Semalam’, ‘Memartabatkan Masjid’, ‘Enam Perkara Asas Kecemerlangan Diri’ dan ‘Mengendalikan Hubungan Suami Isteri’. Diantara buku-buku beliau yang akan terbit ialah, I am Healthy I am Wealthy, Basic Iridology Physiology and Nutrition, ’Organs in the Body, Its Minerals Requirements and the Suggested Herbs’, ’Minerals Required by the Body and Foods’. ’Rawatan Mengubah Perangai, Terapi Bicara Kendiri’, ’Himpunan Gurindam dan Lirik Lagu’, ’Curing Diabetes Through Lifestyle Change’, ’Curing Hypertension’, ’Gastric Ulcer’, ’Allergy’, ’Kerja Nabi Kerjaku’, ’Syaitan Pencuri Iman’, ”Himpunan Khutbah Jumaat’ dan banyak lagi.
Beliau sekarang menjalankan praktik perubatan yang dinamakan Integrative Holistic Wellness Centre di No 2-3, Jalan Radin Anum, Zone J2, Langsari Business Centre, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Temujanji dengan beliau boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-9057 4727.
Beliau telah berkahwin pada tahun 1981 dengan Puan Laily Mazuil bt Dato’ Haji Ismail Panjang Aris, anak kepada bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, dan dikurniakan oleh Allah SWT dengan lapan orang anak, tiga perempuan dan lima lelaki.
Beliau merupakan Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd, Pengurus dan Perunding Nasohatalks.com, Pengarah dan Perunding Utama Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd, Pengarah Nubwat Malaysia Sdn Bhd,Pengarah Nubwat Klinik, Pengarah Nubwat Alami Store, Pengurus dan Perunding Bicara Terapi Enterprise dan, Pengurus serta Perunding Nasoha Lyrics Ent.
|