ROSLI BIN MU'AIN
Klik DI BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO
Video testimoni 1 - Sapti Sabang
Video testimoni 2 - Khairani Bt Mohamad
Video testimoni 3 - Suhaimi Sulaiman

Video testimoni 4 - Mohd Zahari

Video testimoni 5 - Rosli bin Mu’ain

Tidak dapat melihat video? Muat turun flash player di sini.

TEStimoni


Pegawai Perhubungan :
En. Muharris
013-633 4646

En. Agos Salim
013-678 8908

En. Najib
013-341 4765

Emel :
salim@
octagon-petroleum.com


Pejabat :
03 9057 4727



9 September 2008

Website anakbestari® dilancarkan

 

 


"Segala puji bagi Allah, saya telah mengunakan audio ini sejak anak saya lahir. Sekarang mereka berumur 3 dan 2 tahun. Mereka amat mudah untuk disuruh. Keyakinan dan cara pemikiran mereka sangat bagus. Saya nampak kesan kepada mereka berbanding dengan budak-budak lain. Terima kasih, Dr. Nasoha."

- Mohd. Zahari b. Abdul Ghani

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sapti bin Sabang

    “Setelah 13 bulan mendengar Terapi Anakbestari Si Manja Bestari, banyak perubahan yang berlaku kepada anak-anak saya. Salah seorang anak saya, selepas 2 minggu sahaja mendengar percakapan “Saya suka makan sayur”, mereka mula suka makan sayur, walhal sebelum itu mereka memang tak suka nak makan sayur.

    Adakalanya anak-anak saya perlu diberitahu bila hari sekolah dan bila hari cuti, sebab keinginan mereka untuk pergi sekolah begitu sekali sehingga hari sabtu dan ahad pun nak pergi ke sekolah juga.

    Bila nak buat sesuatu saja, mereka akan minta izin dari saya atau isteri saya. Kalau nak tengok tv, mereka mintak izin dahulu, dan kalau saya bagi tahu, tak payah tengok tv, memang mereka tak akan buka sendiri tv. Kalau nak bermain-main diluar rumah, mereka minta izin, dan memang kalau tak dizinkan, mereka pasti tak akan keluar rumah. Saya rasa ini kesan dari percakapan “Saya taat ayah”, “Saya taat emak”.
    Mereka juga suka memberi hadiah kepada kawan-kawan mereka.

    Mereka senang disuruh, tak perlu diberitahu berulang-ulang kali untuk buat sesuatu.

    Apa bila melihat perempuan memakai pakaian seksi, dia akan berkata, “Nanti Allah marah”

    Disuruh solat pun mudah.”

    Sophian Abu Bakar

      “Segala puji bagi Allah, pertama sekali diucapkan jutaan terima kasih kepada Pengasas Nasoha Talks, Dr. Nasoha Saabin di atas kejayaan yang membanggakan dengan terbitnya satu program yang terungggul dalam menjana modal insan abad ini, Program Terapi Bicara Kendiri Anak Bestari.

      Apa yang boleh saya katakan tentang program ini, ianya amat bagus sekali.

      ‘Mudah, Praktikal & Berkesan’

      Kenapa saya katakan ianya:

      • Mudah: Sangat mudah dan senang untuk menggunakannya, hanya pasang dan dengarkan pada anak-anak melalui radio, tiga kali sehari. Ianya lebih mudah dari beri anak-anak makan ubat.Mudah: Sangat mudah dan senang untuk menggunakannya, hanya pasang dan dengarkan pada anak-anak melalui radio, tiga kali sehari. Ianya lebih mudah dari beri anak-anak makan ubat. 

      • Praktikal: Lepas pasang, kita tak perlu nak awasi anak-anak kita lagi samada mereka dengar ataupun tidak, insya-Allah mereka pasti mendengarnya walaupun kita nampak mereka tak beri tumpuan, tak seperti ubat kita kena pastikan mereka telan ubat tu.

      • Berkesan: Walaupun saya nampak anak-anak saya tak beri tumpuan semasa cd audio tu dipasang kerana sibuk bermain-main, tetapi bila dia nak susu, dia akan mintak dengan Allah, “Ya Allah, Aisyah nak susu” walaupun contoh ayat dalam cd tu lain, [ALLAH BERI SAYA SUSU, TIADA YANG BOLEH BERI SUSU MELAINKAN ALLAH. cd] ini bermakna mereka tangkap dan dengar setiap ayat dalam terapi tu, ini juga menunjukkan daya fikir dan keyakinan mereka juga amat bagus, mereka tak mintak susu tu pada saya atau isteri saya kerana mereka tahu tiada yang boleh beri mereka susu melainkan Allah, jadi mereka terus mintak dengan Allah. Bila saya atau isteri saya beri susu pada mereka, “Alhamdulillah, Allah beri Aisyah susu” dan itulah yang mereka akan ucapkan setiap kali mereka dapat apa yang mereka nak.  Ini secara tidak langsung akan menjana kepercayaan dan cara pemikiran yang betul di dalam diri anak-anak saya.  Sebenarnya banyak lagi yang menarik perhatian saya berkenaan Audio Terapi Bicara Kendiri Anak Bestari ni, dengan ini saya berpendapat setiap keluarga di dunia ini patut memilikinya hari ini kerana pada waktu ini, dengan izin Allah, Audio Terapi ini sedang membantu ramai kanak-kanak menjadi lebih rajin, taat dan bijak.”

    Dengar audio >>

    Mohd Zahari

      "Dalam keresahan ibubapa sekarang dalam mendidik anak-anak disebabkan persekitaran yang tidak membantu anak-anak menjadi baik, taat, dan cemerlang, Alhamdulilah dengan adana Terapi Anakbestari, saya dan isteri begitu gembira kerana setelah 3 tahun lebih anak-anak saya mendengar audio Si Comel Bestari, saya dapati mereka jauh berbeza dari anak-anak lain yang sebaya dengan mereka dari segi cara mereka berfikir dan keyakinan mereka.

      Mereka taat, mudah disuruh. contohnya apabila "Allah suka kalau dia buat begini." dia akan baut sebagaimana diberitahu tanpa dipaksa.
      Apabila diberitahu "Allah tak suka kalau buat begitu". maka dia akan tinggalkan perbuatan tersebut.

      Dari segi pemikiran, mereka kelihatan matang jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang sebaya dengan mereka. Contohnya, cara mereka bertanya tentang sesuatu kepada saya atau isteri saya, menampakkan kematangannya tidak seperti kanak-kanak yang lain.

      Dia apabila tidak dapat apa yang dia mahukan, dia tidak mudah merajuk atau menangis, sebaliknya dia akan berkata kepada saya atau isteri saya "Allah tak izin ya, umi / ayah"

      Mendisiplinkan mereka untuk menonton rancangan televisyen yang berfaedah  jadi mudah tanpa perlu dimarahi. Saya atau isteri saya akan beritahu bahawa rancangan ini (contohya rancangan pendidikan) Allah suka, dan apabila tiba rancangan yang tidak sesuai untuk mereka tengok, "Mereka sendiri akan berkata "Yang ni Allah tak suka ni, kemudian dia terus tutup tv."

Copyright ® 2008 anakbestari.com
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6 pada resolusi 1024 X 768

Laman Utama       Testimoni        Beritahu rakan       Notis hakcipta